Assalammualaikum, adoyai, rindu pulak nak menulis, maklumlah kita sekarangni dilanda demam Bola Afrika Selatan. Jadi secara tak lansung aku terjebak mengikuti perkembangan perlawanan bola Piala Dunia ini dari semasa ke semasa. Aku pasti setiap orang mempunyai pasukan pilihan masing masing dalam merebut piala yang berprestij ini, betul tak?
Walau bagaimanapun kita dikejutkan dengan penyingkiran Juara Dunia 2006 Itali dan Naib Juara 2006 France di tangan negara yang berbeda rangking didalam FIFA. Semalam juga salah satu Negara Elit dari Eropah telah kecundang. Yang dimaksudkan disini adalah negara England yang mempunyai bintang bintang antarabangsa seperti Steven Gerrad, Wayne Rooney, Frank Lampard dan sebagainya. Tetapi ternyata bintang muda dari negara German lebih menguasai bola dengan taktik serangan pantas yang berjaya memerangkap pertahanan didikan Carpelo yang berkesudahan German menang 4-1.
Mesti korang nak tahu kan aku sokong negara mana, jawapanya ialah negara SPANYOL. Ramai yang mempertikaikan kenapa aku sokong negara tersebut, senang jer, Suka atilah aku nak sokong mana pun kan? hahahahahahahhahaha, taklah, aku mengikuti perkembangan team spanyol ni sejak tahun 2004-2005, sebelum itu aku peminat fanatik negara Turki dan Republic Chec, tetapi anak anak muda pasukan Spanyol ni buat aku tertarik dengan corak permainan "Total Football". Walaubagaimanapun kebangkitan Sepanyol tidak dapat dengan mudah, seringkali tewas didalam kumpulan dan pada tahun 2008, mereka telah menjadi Juara Eropah. Itu jer serba ringkas yang aku boleh ceritakan disini.. heheheeheh
Soryla semua, sebab aku memang takda idea, anyway gud luck terhadap pasukan pilihan masing masing. Assalammualaikum













